SIBU: Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan keputusan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah yang amat positif.
"Keputusan ini akan dapat mengurangkan birokrasi, seterusnya mempercepat projek yang hendak dilaksanakan terutamanya dalam usaha menangani sekolah daif," katanya dalam video yang disiarkan di laman Facebooknya pada Rabu.
Menurutnya sebelum ini apabila berlaku keadaan yang tidak dapat diguna pakai atau memerlukan notis perubahan dalam perancangan, terdapat prosedur memerlukan kerajaan Sarawak merujuk kepada Persekutuan dan ini merupakan satu masalah kerana mengambil masa panjang untuk diselesaikan.
Katanya pelaksanaan projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak bukan hanya melibatkan reka bentuk yang berbeza dengan Semenanjung, malah turut membabitkan masalah logistik.
Dr Annuar berkata Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) digunakan secara menyeluruh di Semenanjung, tetapi sistem yang sama mungkin tidak dapat digunakan di Sarawak berikutan jarak yang jauh dari bandar yang menimbulkan masalah pengangkutan.
Menurutnya kebanyakan sekolah daif yang dibaik pulih atau dibina semula menelan kos dalam lingkungan antara RM20 juta dan RM30 juta.
"Jadi dengan keputusan kerajaan pada hari ini saya pasti projek baik pulih sekolah daif di Sarawak ini dapat dipercepat," tambahnya.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini Perdana Menteri mengumumkan Kementerian Kewangan bersetuju supaya pelaksanaan projek dengan kos di bawah RM50 juta di Sabah dan Sarawak, diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan negeri dengan mematuhi peraturan kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee menyifatkan keputusan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai langkah yang amat positif. - Gambar fail
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kuasa lulus projek bawah RM50 juta percepat baik pulih sekolah di Sarawak
Keputusan kerajaan Persekutuan supaya projek dengan kos di bawah RM50 juta diputuskan hampir sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak akan mempercepat usaha membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri ini.